• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • Professional Associations
    • IEM Journal
    • View Item
    •   DSpace Home
    • Professional Associations
    • IEM Journal
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Kesan kuantiti agen penyerak dalam pencirian saiz zarah oksida seramik menggunakan kaedah pembelauan laser

    No Thumbnail [100%x80]
    View/Open
    Mac 2005 1-5.pdf (681.4Kb)
    Date
    2005-03
    Author
    Andanastuti, Muchtar, Prof. Dr.
    S. M., Tasirin
    S.R.S., Abdullah
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kertas kerja ini membincangkan isu kesan penambahan agen penyerak dalam pencirian saiz zarah oksida seramik dengan menggunakan kaedah pembelauan cahaya laser. Adalah diketahui umum bahawa zarah seramik terutamanya daripada serbuk sintetik yang dihasilkan secara kimia dan berada dalam julat saiz di bawah 1 µm atau dikenali sebagai zarah koloid amat mudah membentuk aglomerat. Kehadiran aglomerat dijangka menyukarkan kerja-kerja pencirian saiz sebenar zarah dalam serbuk kerana gumpalan aglomerat akan menyebabkan saiz zarah yang diperolehi menjadi jauh lebih besar daripada saiz diskret zarah yang sebenar. Dalam kajian ini, sejenis agen penyerak komersil, Darvan*7, dikaji keberkesanannya dalam menyerakkan zarah bagi membolehkan pengukuran saiz diskret zarah yang tepat. Kuantiti agen penyerak yang digunakan adalah dalam julat 0 hingga 4 g/L. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kuantiti berkesan Darvan*7 adalah 2 g/L sekiranya sampel serbuk yang dikaji ialah serbuk oksida seramik alumina dan zirkonia manakala untuk serbuk magnesia, kuantiti berkesan yang diperolehi ialah 1.2 g/L. Saiz zarah yang diperolehi melalui teknik pembelauan cahaya laser dibandingkan dengan imej visual yang diperolehi menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM). Kajian ini mendapati bahawa dalam pencirian saiz zarah serbuk sintetik seramik yang biasa digunakan dalam fabrikasi komponen seramik termaju, adalah penting untuk mengenalpasti terlebih dahulu kuantiti agen penyerak yang paling berkesan dalam menyahaglomerat zarah sebelum proses pencirian saiz zarah dapat dilakukan dengan tepat.
    URI
    http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2005-176.aspx
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/13556
    Collections
    • IEM Journal [310]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    NoThumbnail