Peranan teori Psikolinguistik dalam pemerkasaan pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia
View/ Open
Date
2014-02Author
Ahmad Hifzurrahman, Ridzuan
Zaliza, Zubir
Metadata
Show full item recordAbstract
Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik dan pendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana bidang psikolinguistik dapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan dalam bidang psikolinguistik ini melibatkan kedua-dua tahap dalam proses pendidikan bahasa, tahap perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa. Beberapa aspek akan difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuan kecekapan berbahasa, penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran pembentukan biasaan berbahasa. Kertas kerja akan turut membincangkan kesan ketakseimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu terhadap bentuk pengetahuan bahasa Melayu para pelajar, dan seterusnya pengaruh bentuk pengetahuan bahasa ini terhadap negara, khususnya terhadap pemasyarakatan konsep satu Malaysia, iaitu Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersatu padu, harmoni dan rakyatnya saling hormat menghormati.