Warisan adat istiadat sambutan hari keputeraan Raja Perlis: antara budaya dan agama
View/ Open
Date
2014-06Author
Mohd Nizam, Sahad
Shurairimi, Abdullah
Jamsari, Jamaluddin
Suhaila, Abdullah
Metadata
Show full item recordAbstract
Warisan adat istiadat istana dipelihara oleh pihak istana dan dipraktiskan mengikut
prosedur dan protokol tertentu. Adat istiadat istana ini melambangkan status kebesaran
dan kedaulatan Raja dalam hubungannya dengan rakyat jelata. Sungguhpun hubungan
raja dan rakyat dikatakan rapat, namun tidak semua perkara tentang raja dapat dimaklumi dan didekati oleh rakyat lantaran terdapat tatacara dan protokol rasmi pada kehidupan raja di istana. Hal ini termasuklah adat istiadat dan sambutan hari keputeraan raja, hari pertabalan, kemangkatan raja dan sebagainya. Artikel ini cuba menyorot adat istiadat istana Arau dalam sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis dengan tujuan utamanya untuk mengenal pasti warisan adat istiadat istana yang dipraktiskan termasuklah perjalanan keseluruhan majlis, adat semasa di balairong seri dan alat kebesaran diRaja serta pingat dan anugerah yang diberikan supaya menjadi informasi kepada rakyat jelata. Di samping itu, artikel ini juga akan menyorot perihal pengaruh budaya dan agama dalam perjalanan adat istiadat tersebut. Dari sudut metodologi pengumpulan data, kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan pemerhatian perjalanan adat istiadat dan temubual dengan informan berkelayakan dalam hal adat istiadat istana. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh Islam begitu dominan dalam keseluruhan perjalanan adat istiadat hari keputeraan Raja Perlis.