Reaksi generasi Y terhadap isu menghina Institusi Raja: kajian ke atas pelajar institut pengajian tinggi
View/ Open
Date
2014-06Author
Hanum, Hassan
Razli, Ahmad
Azuddin, Bahari
Metadata
Show full item recordAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar Intitusi
Pengajian Tinggi (IPT) terhadap Institusi Raja di samping mengenal pasti persepsi mereka terhadap isu-isu yang menghina Institusi Raja. Dengan menggunakan perbincangan kumpulan fokus, seramai 10 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada pelajar IPT di negeri utara Malaysia. Data dan maklumat dikumpul melalui kaedah kualitatif dan dianalisis dengan menggunakan analisis bertema (thematic analysis). Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak semua generasi Y mempunyai sikap seperti tidak ambil peduli dan kurang meminati sejarah pembinaan negara. Malah dapatan juga menunjukkan mereka menyedari kepentingan Institusi Raja kepada negara ini. Hasil kajian juga menunjukkan generasi Y sedar bahawa Institusi Raja berperanan menjaga kestabilan dan keamanan negara dan bukanlah sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa sebaliknya kehadiran Raja adalah sangat membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuh cabang-cabang eksekutif, perundangan dan kehakiman di dalam
negara.