• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • UniMAP Press
    • Books
    • View Item
    •   DSpace Home
    • UniMAP Press
    • Books
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Kedudukan Wakil Rakyat dalam Sistem Berpalimen di Malaysia

    Thumbnail
    View/Open
    Wakil Rakyat.jpg (3.666Mb)
    Date
    2018
    Author
    Malike, Brahim
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Peranan wakil rakyat sangat penting dalam negara dan perlu difahami secara mendalam bagi mengelak kekeliruan. Pada asasnya, ia memainkan pelbagai tanggungjawab demi memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat dalam kawasan yang diwakilinya. Justeru, wakil rakyat mempunyai banyak komitmen dan urusan pada sesuatu masa. Hal ini belum mengambil kira pelbagai jawatan lain yang dipegangnya dalam agensi-agensi tertentu termasuk badan sukarela. Secara umumnya, aktor politik ini mempunyai kepelbagaian fungsi sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat. Dalam tempoh berkhidmat, wakil rakyat menghadapi pelbagai cabaran berkaitan dengan kepentingan dan keperluan rakyat. Sebarang masalah yang berlaku dalam masyakarat kebiasaannya dirujuk terus kepada wakil rakyat walaupun hal itu sebenarnya di bawah bidang kuasa agensi tertentu dalam kawasan tersebut. Namun, wakil rakyat tetap berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin walaupun adakalanya terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri. Begitu kompleksnya peranan wakil rakyat, di mana dapat dilihat dalam badan perundangan, eksekutif, pengurusan organisasi dan parti politik. Justeru, kepelbagaian fungsi yang dimainkan oleh wakil rakyat boleh dikategorikan kepada peranan parliamentari, konstituensi, dalam parti politik, khidmat sosial dan pengawasan. Dalam masa yang sama, wakil rakyat memainkan peranan sebagai ahli politik, pemimpin, pentadbir dan pengurus. Semua itu adalah intipati buku ini ke arah memahami kedudukan wakil rakyat di Malaysia.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/54712
    Collections
    • Books [132]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback