• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Ragam Bahasa dalam unsur dakwah: kajian berdasarkan filem Munafik dan Khurafat

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (517.1Kb)
    Date
    2019
    Author
    Midiyana, Mohamad
    Nor Azita, Che Din
    Farah Hanini, Abd Rahman
    Siti Aishah, Mohamad Tahir
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti unsur dakwah dan menganalisis jenis ragam bahasa dalam unsur dakwah berdasarkan filem Khurafat dan Munafik. Analisis ini menggunakan Pendekatan Bahasa Dakwah yang telah dikemukakan oleh Ahmad Mubarak (2000). Unsur-unsur dakwah yang dinyatakan ialah Qaulan Layyina, Qaulan Baligha, Qaulan Maysura, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Namun tidak semua unsur tersebut digunakan dalam filem-filem tersebut. Unsur yang banyak digunakan berdasarkan kajian ini ialah unsur dakwah Qaulan Baligha dan Qaulan Maysura. Selain itu, Pendekatan Ragam Bahasa oleh Za’ba (1965) juga digunakan dalam kajian ini bagi menganalisis ragam bahasa dalam unsur-unsur dakwah tersebut. Analisis menunjukkan ragam bahasa herdik banyak digunakan dalam kedua-dua filem tersebut. Ragam bahasa yang dikenal pasti dalam kedua-dua filem ini ialah bahasa herdik, bahasa tempelak, bahasa sindiran, bahasa bukan, bahasa berulang, bahasa seruan atau mengeluh, bahasa naik dan bahasa melampau. Manakala, tujuh jenis ragam bahasa dan satu unsur dakwah tidak ditemui dalam kajian ini. Sememangnya penelitian ragam bahasa dalam unsur dakwah berdasarkan dua buah filem ini sangat menarik. Secara tidak langsung didapati bahawa setiap ujaran yang diperkatakan dan penyampaian mesej lebih berkesan kepada penonton kerana dakwah itu disampaikan kepada masyarakat dengan cara yang lebih santai dan menarik. Hal ini selaras dengan dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan penyampaian dakwah juga harus lebih kreatif dan menarik dengan wujudnya kepelbagaian media pada masa kini. Penyampaian dakwah juga seharusnya menggunakan pelbagai ragam bahasa bahasa yang menarik.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69085
    Collections
    • Conference Papers [2597]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback