• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Keterangan lisan sebagai sumber Historiografi: penelitian awal dalam kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (487.1Kb)
    Date
    2019
    Author
    Mohamed Ali, Haniffa
    Ayu Nor Azilah, Mohamad
    Wayu Nor Ashikin, Mohamad
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Artikel ini membincangkan mengenai keterangan dan sumber lisan yang digunakan sebagai medium historiografi utama dalam kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Keterangan lisan seperti penglipurlara dan cerita merupakan medium yang disampaikan dari satu generasi ke generasi lain. Tradisi lisan merupakan sumber penting yang wujud suatu masa dahulu namun terpinggir ditelan arus perubahan zaman. Masyarakat Melayu khususnya sudah mempunyai peradaban dan tradisi lisan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Ketinggian tradisi lisan orang Melayu dan tamadun Melayu adalah setara dengan tamadun lain di dunia. Negara telah melalui evolusi sejarah yang lama sehingga berdirinya bumi bertuah bernama Malaysia. Episod penjajahan bermula dengan British, komunis sehingga kemerdekaan negara diperolehi. Dalam melihat episod ini, pelbagai dimensi kehidupan perlu diteliti. Antaranya meliputi tokoh, agama, sosiobudaya dan ekonomi. Kekangan sumber-sumber sejarah yang asal menjadi salah satu daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula peristiwa dan sejarah Malaysia. Ketiadaan tradisi menyimpan dan merekod catatan harian, menulis dokumen-dokumen yang lain atau menulis riwayat hidup menjadikan masalah ini lebih serius di Malaysia. Namun dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih terdapat ruang kosong yang boleh diisi dengan penggunaan sumber lisan. Justeru itu dalam usaha melestarikan penggunaan sejarah lisan di Malaysia terdapat pelbagai organisasi sama ada kerajaan atau swasta yang berperanan penting. Antaranya ialah Arkib Negara Malaysia, perpustakaan dan persatuan. Pelbagai usaha murni telah dilakukan bagi memupuk, mendokumentasikan dan juga mempromosikan bidang sama ada kepada individu mahupun institusi-institusi yang berkenaan. Analisis data dibuat berdasarkan sumber primer seperti rekod-rekod rasmi kerajaan ataupun persendirian, sekunder berupa bahan bercetak dan lisan yang melibatkan wawancara. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah sejarah lisan berupaya mengisi ruang kekosongan sumber-sumber sedia, menjadi penyelamat kepada keterangan-keterangan sejarah yang akan hilang dan menjadi pelengkap kepada sesebuah cerita.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69087
    Collections
    • Conference Papers [2597]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback