• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Sistem panggilan dalam hebahan di sekolah: suatu realiti penggunaan kesantunan berbahasa

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (512.8Kb)
    Date
    2019
    Author
    Melor Fauzita, Md. Yusoff
    Maizatul Azura, Yahya
    Nor Hasimah, Ismail
    Noor Shapiza, Salleh
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kesantunan berbahasa merupakan salah satu agenda penting dalam prinsip Rukun Negara Malaysia. Pengiktirafan kepentingannya terserlah melalui prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Amalan murni ini sememangnya wajar diaplikasikan oleh seluruh anggota masyarakat khasnya dan tidak terkecuali dunia pendidikan amnya. Kertas kerja ini akan meneliti penggunaan kesantunan berbahasa di sekolah dalam konteks hebahan yang dilakukan oleh warga sekolah. Kesantunan berbahasa dalam hebahan adalah penting kerana keperibadian penuturnya terpancar semasa ujaran dibuat dalam sebarang bentuk hebahan sama ada hebahan secara terancang mahupun spontan. Tidak dinafikan, institusi pendidikan terutamanya sekolah sering menjadi salah satu ‘penanda aras’ bagi anak didik dan masyarakat sekeliling untuk menilai kredibiliti para pendidik khasnya dari aspek kesantunan berbahasa. Oleh hal demikian, hebahan yang dibuat di sekolah perlulah dikaji untuk melihat sama ada sesuatu maklumat atau mesej yang disampaikan turut mementingkan aspek kesantunan berbahasa atau tidak. Tumpuan kajian hanya akan melibatkan penggunaan sistem panggilan yang digunakan dalam hebahan yang dibuat. Perbincangan dilakukan secara deskriptif kualitatif berdasarkan Amat Juhari Moain (1992), Awang Sariyan (2007) dan Asmah Hj. Omar (1980). Dapatan mendapati, setiap hebahan yang dibuat menggunakan bahasa yang bersantun. Penghebah sangat mementingkan aspek kesantunan berbahasa khasnya melalui pemilihan penggunaan sistem panggilan yang sesuai. Dalam hal ini, penghebah sedar penggunaan bahasa yang santun perlu dititikberatkan tidak kira semasa berkomunikasi secara formal atau tidak formal demi mendidik warga sekolah ke arah menggunakan bahasa yang bersopan santun sesuai dengan kehendak Rukun Negara di samping merealisasikan agenda pendidikan negara untuk melahirkan masyarakat yang antara lain berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69094
    Collections
    • Conference Papers [2597]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback