Perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri Perlis 2019-2020
Abstract
Pada keseluruhannya, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri
Perlis mencatatkan penurunan sebanyak RM19.9 juta atau
13.0 peratus iaitu daripada RM152.5 juta pada tahun 2019
kepada RM132.7 juta pada tahun 2020 (Jadual 6.4).
Pemberian dan kenaan bayaran tetap Kerajaan Negeri Perlis
merupakan penyumbang terbesar kepada penurunan
perbelanjaan mengurus dengan pengurangan sebanyak
RM10.8 juta. Selain itu, perkhidmatan dan bekalan dan
perbelanjaan lain turut menyumbang kepada penurunan
perbelanjaan mengurus ini. Walau bagaimanapun, emolumen
dan aset menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun
2019.