• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Analisis kesantunan berbahasa dalam Istiadat Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14

    No Thumbnail [100%x80]
    View/Open
    Access is limited to Unimap Community (356.0Kb)
    Date
    2013-06-05
    Author
    Muhammad Saiful Haq, Hussin, Dr.
    Ridzma, June
    Hafidatulsyafini, Mokhtarudin
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kesantunan berbahasa merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang sosiolinguistik. Cabang ilmu ini telah muncul sebagai satu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik bahasa Melayu bermula pada tahun 1950-an lagi. Kesopanan dalam ungkapan menurut Brown dan Levinson (1987), Lintah (1983), dan Ide (1989) adalah sangat penting dalam kehidupan sosial dalam usaha untuk mengelakkan konflik yang mungkin berlaku dalam komunikasi. Namun, kesopanan digunakan berbeza dalam budaya yang berbeza kerana setiap lafaz tidak boleh menjadi selain daripada konteksnya. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kesantunan berbahasa dalam bahasa istana berdasarkan peristiwa bahasa iaitu Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14. Kajian penyelidikan ini memberi tumpuan kepada penggunaan kosa kata-kosa kata bahasa istana yang digunakan dalam istiadat tersebut. Kedua, kajian penyelidikan ini juga menumpukan kepada unsur kesantunan berbahasa berdasarkan penggunaan kosa kata dalam Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 dan ketiga, kajian ini juga menghuraikan unsur kesantunan berbahasa dalam konteks yang sepatutnya yang terdapat dalam istiadat pertabalan tersebut. Bahan atau fokus yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan teks ucapan Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Istiadat pertabalan tersebut telah berlangsung dengan penuh adat pada bulan April 2012 yang lalu. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengambil teks istiadat tersebut dengan memberi fokus kepada lima teks utama dalam istiadat tersebut iaitu Surat Pengisytiharan, Warkah Ikrar, teks Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia dari Perdana Menteri Malaysia, teks Titah Diraja dan teks Bacaan Doa. Teks-teks ini diperolehi dari pihak yang berautoriti iaitu Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.Oleh hal yang demikian, dalam kajian penyelidikan ini pengkaji menggunakan gagasan oleh Dell Hymes yang diperkenalkan pada tahun 1974 iaitu dikenali sebagai SPEAKING. Gagasan ini digunakan bagi mengaitkan penggunaan bahasa istana dengan konteks dalam istiadat pertabalan tersebut. Pemilihan teori ini juga adalah berdasarkan kesesuaiannya dengan aspek yang dikaji iaitu tentang kesantunan berbahasa yang dikaitkan dengan peristiwa bahasa yang berlaku. Di akhir kajian ini, pengkaji mengharapkan hasil kajian ini akan dapat membuktikan bahawa aspek kesantunan berbahasa sangat kuat pegangannya dalam penggunaan bahasa istana di negara kita.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30823
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    NoThumbnail