dc.contributor.author | Junaini, Kasdan | |
dc.contributor.author | Harshita Aini, Haroon | |
dc.contributor.author | Nor Suhaila, Che Pa | |
dc.contributor.author | Mohamed Roshimi Md Shahor | |
dc.date.accessioned | 2014-05-21T07:20:38Z | |
dc.date.available | 2014-05-21T07:20:38Z | |
dc.date.issued | 2014-02 | |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/34581 | |
dc.description | Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 2014), 14th-16th Feb 2014 was held at Hydro Hotel, Penang organized by Centre for International Languages, Universiti Malaysia Perlis. | en_US |
dc.description.abstract | Penggubalan, pembakuan dan penyelarasan istilah bahasa Melayu telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 1956 dan lebih daripada satu juta istilah telah dihasilkan. Lazimnya, kaedah penggubalan istilah memakan masa yang sangat panjang dan melibatkan jawatankuasa pakar bidang yang ramai, sekali gus menelan biaya yang sangat besar. Hal ini kerana istilah dibentuk berdasarkan konsep. Perbezaan pemahaman konsep dalam kalangan pakar bidang ada kalanya menimbulkan kesukaran untuk mencapai kata sepakat terhadap pemilihan istilah, sekali gus memanjangkan tempoh proses pembentukan istilah dan istilah lambat sampai kepada pengguna. Kelewatan ini menyebabkan pengguna memilih untuk menggunakan istilah mereka sendiri dan mendorong kecenderungan berlakunya ketidakselarasan istilah. Persoalannya, tidak adakah cara lain untuk menggubal istilah selain melalui jawatankuasa istilah? Bolehkah pengamal sesuatu bidang ilmu membentuk istilahnya sendiri tanpa melalui jawatankuasa istilah? Mengapakah individu, khususnya penterjemah yang memerlukan istilah segera tidak boleh membentuk istilahnya sendiri? Bukankah dalam hal ini DBP hanya menetapkan bahawa semua istilah yang digubal perlu mendapat pengesahan daripada DBP dan bukannya semua istilah mesti digubal oleh DBP? Tinjauan awal mendapati, kebanyakan penyelidikan yang melibatkan pembangunan sistem peristilahan lebih tertumpu kepada sistem repositori istilah dan kaedah mempercepat carian istilah. Manakala kajian yang membicarakan tentang peristilahan per se, cenderung mengangkat permasalahan tentang kebolehterimaan istilah dalam kalangan pengguna dan kajian yang berkaitan dengan bentuk istilah itu sendiri. Justeru, penyelidikan ini bertujuan melihat kaedah alternatif yang dapat dimanfaatkan untuk mempercepat proses penggubalan istilah, di samping memastikan istilah yang dibentuk selaras dan menepati piawaian. Kaedah alternatif yang dicadangkan menggunakan kaedah penterjemahan bersistem berteraskan pendekatan sosioterminologi, bukan berdasarkan sistem konsep. Bagi tujuan tersebut, sejumlah istilah sains gunaan dan kejuruteraan dimanfaat. Selanjutnya, hasil penyelidikan dalam bentuk model sistem berasaskan web ini diharapkan dapat membantu pengguna mendapatkan padanan istilah bahasa Melayu dengan cepat, tepat, selaras, serta menepati piawaian dan citarasa mereka. | en_US |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Malaysia Perlis | en_US |
dc.relation.ispartofseries | Proceeding of Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 14);2014 | |
dc.subject | Sistem konsep | en_US |
dc.subject | Sosioterminologi | en_US |
dc.subject | Padanan istilah | en_US |
dc.subject | Penggubalan istilah | en_US |
dc.subject | Sistem peristilahan | en_US |
dc.title | Kaedah alternatif membentuk padanan istilah: suatu pendekatan sosioterminologi | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dc.publisher.department | Centre of International Languages | en_US |
dc.contributor.url | junaini@unimap.edu.my | en_US |
dc.contributor.url | harshita@unimap.edu.my | en_US |
dc.contributor.url | suhailachepa@unimap.edu.my | en_US |
dc.contributor.url | roshimi@unimap.edu.my | en_US |