Analisis gender dalam Bahasa Melayu dari sudut leksikal dan makna
View/ Open
Date
2014-02Author
Suhaidah, Said
Siti Nurul Jannah, Fital
Nor Suhaila, Che Pa
Metadata
Show full item recordAbstract
Bahasa merupakan satu alat yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Penggunaan bahasa dipengaruhi oleh pelbagai unsur sosial yang mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam sesebuah komuniti bahasa. Gender merupakan salah satu aspek sosial yang dimaksudkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menghuraikan dan mengelaskan leksikal perempuan yang dikelompokkan dalam kategori kekeluargaan. Sebanyak 48 leksikal yang berdasarkan gender perempuan dalam kategori kekeluargaan telah diperoleh daripada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) sebagai sampel kajian. Sumber data bagi penggunaan leksikal perempuan diperoleh daripada korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil kajian ini mendapati bahawa kosa kata bahasa Melayu mempunyai leksikal gender, iaitu perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki atau perempuan dan yang bersifat neutral, yakni yang tidak merujuk kepada lelaki atau perempuan. Hal ini dapat dikenal pasti dengan menggunakan kaedah analisis komponen makna.