Pendekatan kolaboratif dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPTA
View/ Open
Date
2014-02Author
Siti Nurul Jannah, Fital
Mohamad Zaki, Abdul Halim
Suhaidah, Said
Metadata
Show full item recordAbstract
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, terdapat empat kemahiran utama yang perlu dicapai. Empat kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar bahasa bukan sahaja berkemahiran, malah seharusnya berketerampilan dalam berbahasa. Kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif utama. Pertama untuk melihat dan menilai keberkesanan kaedah kolaboratif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. Objektif yang kedua pula ialah untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Tempoh masa yang diambil ialah selama 1 semester iaitu 14 minggu kuliah. Sampel diambil daripada pelajar-pelajar IPTA yang mengambil kursus bahasa Melayu Universiti pada semester 1 sidang akademik 2013/2014.