Tahap perpaduan pelajar pelbagai etnik melalui penggunaan teknologi dalam aktiviti pembelajaran
View/ Open
Date
2014-02Author
Nor Suhaila, Che Pa
Suzana, Sulaiman
Nur Salimah, Alias
Metadata
Show full item recordAbstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap perpaduan etnik daripada segi aktiviti pembelajaran melalui penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar pelbagai etnik di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Kajian ini meneliti aspek kumpulan belajar, persaingan antara pelajar, keselesaan di bilik kuliah dan proses melakukan tugasan kumpulan antara pelajar berlainan etnik. Kajian yang dijalankan secara temu bual ini melibatkan seramai 20 orang responden yang terdiri daripada pelajar Program Diploma Tahun Dua, Sesi Pengajian 2012/2013. Satu set soalan temu bual disediakan yang merangkumi latar belakang responden dan soalan-soalan berkaitan aktiviti pembelajaran pelajar di dalam kuliah dan di kolej kediaman. Hasil kajian ini secara keseluruhannya mendapati tahap perpaduan pelajar pelbagai etnik dalam aktiviti pembelajaran melalui penggunaan teknologi berada pada tahap yang tinggi. Pelajar menunjukkan kecenderungan untuk memberikan persepsi yang lebih positif terhadap hubungan antara etnik dalam aktiviti pembelajaran walaupun masih terdapat segelintir pelajar yang belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang sama. Jadi, program-program yang boleh mengeratkan hubungan etnik antara pelajar harus dipertingkatkan dengan beberapa cadangan yang diutarakan dalam kajian ini.