Adat bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah: pengharmonian Manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah dalam Istiadat Permakaman DiRaja Perlis
View/ Open
Date
2014-06Author
Hazman, Hassan
Mohd Radzi, Othman
Mohd Nazim, Mohd Noor
Metadata
Show full item recordAbstract
Raja-raja Jamalullail Perlis yang dinasabkan kepada Ahl al-Bait Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi was Sallam, tidak terkecuali daripada memiliki adat diRaja yang tersendiri. Negeri-negeri Melayu yang lain seperti Kedah, Perak, Pahang dan lain-lain juga turut memiliki adat istiadat yang tersendiri dan begitu unik serta istimewa, khususnya dalam istiadat permakaman diRaja yang seiring dengan kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara. Meskipun begitu, Adat DiRaja Perlis telah mengalami transformasi yang unik apabila agama Islam bermanhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah telah dikanunkan sebagai Agama Negeri dalam Artikel 5 bagi Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis (UUTKP) 1948. Bak kata perbilangan ‘Adat Berwaris Kepada Nabi’, makalah ini cuba memetakan pengharmonian manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah dengan Adat DiRaja Perlis. Sebagai fokus, perhatian khusus ditumpukan kepada perbandingan antara Istiadat Permakaman DiRaja Pra-UUTKP 1948 dengan Istiadat Permakaman DiRaja Pasca-UUTKP 1948.