Menyelusuri sejarah pelaksanaan projek pertanian bersepadu Perlis 1982-2000
Abstract
Sektor pertanian adalah sektor penting kepada negeri Perlis. Selepas merdeka pelbagai rancangan pembangunan pertanian dilaksanakan di negeri tersebut. Salah satu rancangan pembangunan pertanian yang penting dilaksanakan ialah Projek Pertanian Bersepadu Perlis ditubuhkan pada 14 April 1982. Kertas kerja ini mengupas pelaksanaan Projek Pertanian Bersepadu Perlis di antara tahun 1982-2000. Tumpuan kajian adalah terhadap pelaksanaan Projek Pertanian Bersepadu Perlis di kawasan utara Perlis. Di dalam kertas kerja ini juga menganalisa sejauhmanakah pelaksanaan Projek Pertanian Bersepadu membantu sektor pertanian dan juga ekonomi masyarakat Perlis yang terlibat dengan sektor tersebut.