• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)
    • View Item
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Perlis dalam teks-teks Melayu: suatu penelitian awal

    Thumbnail
    View/Open
    Siraj_II_12_157-170.pdf (360.4Kb)
    Date
    2014-06
    Author
    Muhamad Safwan, Mohd A’seri
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Biarpun agak sukar untuk menemui naskhah-naskhah yang bersifat ‘pensejarahan negeri Perlis’ secara khusus, namun tidak bermaksud sejarah Perlis telah ‘tenggelam’ begitu sahaja. Malahan sejarah Perlis turut ‘popular’ tercatat di dalam naskhah-naskhah pensejarahan negeri lain. Telah terbukti dalam pelbagai naskhah seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Salasilah Atau Tarekh Kerajaan Kedah, Peringatan Raja-raja Kedah dan lain-lain naskhah seumpama dengannya dalam memerihalkan sejarah Perlis dengan meluas dalam aspek politik mahupun ekonomi. Selain itu, diakui bahawa tetap wujud naskhah yang sangat bermanfaat dan berfokus dalam mengetengahkan negeri Perlis sama ada bersifat sejarah ataupun sastera seperti Salasilah Perlis, Salasilah DYMM Raja-Raja Perlis: Perhubungan dengan Nabi Muhammad SAW, DYMM Sultan Kedah, DYMM Raja Kubang Pasu, Dato’ Arau, YB Dato’ Pulau Langkawi, dan Syair Raja Muda Perlis. Dalam pada itu, kebanyakan peneliti kurang sedar tentang kepentingan dan kewujudan sejarah Perlis di dalam teks-teks Melayu sewaktu mengkaji. Mungkin juga kerana beranggapan cukup sekadar mengenali sejarah negeri Kedah sehingga menyebabkan para pengkaji terlupa bahawa Perlis turut berperanan dalam mencorakan sejarah negara serta kesultanan Melayu setelah berdiri sebagai sebuah institusi beraja pada tahun 1843. Oleh itu, makalah ini akan cuba untuk mengetengahkan sejarah mengenai Perlis menerusi hasil tulisan para pujangga Melayu meliputi segenap aspek yang berkaitan seperti tercatat di dalam teks-teks Melayu.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/35710
    Collections
    • Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) [13]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback