Amalan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) dalam industri pembuatan di Malaysia
View/ Open
Date
2009-12-01Author
Syed Abdul Hamid, Syed Hassan
Rozlina, Md Sirat
Mat Rebi, Abdul Rani
Kuan Yew, Wong
Metadata
Show full item recordAbstract
Sistem Pengurusan Keselamatan Menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) merupakan konsep pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) alternatif yang baru diperkenalkan dan mula diamalkan dalam industri pembuatan di Malaysia. Umumnya majoriti (63%) pihak industri di Malaysia mengamalkan sistem berasaskan konvensional iaitu berteraskan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139) dan amat sedikit (8%) yang mendakwa mereka telah mengamalkan TSM. Sedangkan TSM adalah
pengurusan berasaskan kesedaran semua pihak dilihat sebagai satu keperluan bagi memastikan syarikat pembuatan kekal bersaing dalam dunia globalisasi. Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang dibuat terhadap 237 buah syarikat pembuatan yang mewakili seluruh negeri di Malaysia di mana hampir separuh industri (41.8%) menyatakan amat minat untuk melaksanakan TSM di tempat kerja mereka. Objektif
kajian bermula dengan menentukan sejauhmana amalan terhadap faktor kejayaan yang kritikal atau critical success factor (CSF) dalam TSM, mengenalpasti faktor yang menjadi penyumbang utama kepada daya saing dan mengenalpasti kolerasi di antara CSF. Keputusan kajian menunjukkan faktor kritikal dalam TSM telah diamalkan pada tahap “memuaskan” dan “sederhana memuaskan”. Pegawai Keselamatan Dan
Kesihatan (PKK) terbukti merupakan faktor pendorong utama kepada kejayaan pengamalan TSM yang berdaya saing sementara lain-lain faktor merupakan faktor penyokong kepada PKK semasa perlaksanaan TSM. Hasil kajian juga menunjukkan faktor PKK telah menyumbang sebanyak 12% kepada daya saing hasil sokongan lain-lain faktor (CSF).
Collections
- Conference Papers [2600]