Pengurusan dan Penawaran Sumber Maklumat Elektronik
View/ Open
Date
2010Author
Mazmin, Mat Akhir
Foyziah, Ahmad Nasuruddin
Metadata
Show full item recordAbstract
Saya terpanggil untuk berkongsi perkembangan mengenai koleksi sumber maklumat elektronik di UniMAP selepas melihat keistimewaan sumber maklumat elektronik di univerisiti ini. Keistimewaan meliputi bagaimana ia diterima dengan mudah oleh warga UniMAP, faktor-faktor pemangkin yang membawa kepada perkembangan sumber ini dalam persekitaran UniMAP dan bagaimana ia mampu memberi input bagi proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang dipamerkan melalui peningkatan statistik penggunaan. Selain itu, penyertaan sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Pangkalan Data Komersial sejak tahun 2002 memberi peluang dan pengalaman kepada saya tentang survival dan inisiatif yang diambil oleh perpustakaan akademik di Malaysia untuk meningkatkan capaian kepada maklumat ilmiah bagi manfaat warga universiti. Buku ini akan menghuraikan pendekatan dan pengalaman UniMAP dalam membangunkan koleksi sumber elektronik, menyedia dan menawarkannya kepada para pelajar, ahli akademik dan penyelidik universiti. Ia juga akan membincangkan beberapa inisiatif yang perlu diberi penekanan oleh perpustakaan akademik meliputi pengukuran prestasi dan pemeliharaan sumber maklumat elektronik.
Collections
- Books [132]