Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal
View/ Open
Date
2009Author
Azuddin, Bahari
Hanum, Hassan
Faridah, Wahab
Norazam, Abd Rashid
Rusnani, Omar
Metadata
Show full item recordAbstract
Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal perlu diberi tumpuan khusus bagi mengelakkan kemalangan yang merugikan majikan dan pekerja. Kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat mengurangkan kemalangan di makmal. Buku ini menerangkan kaedah bagaimana mewujudkan aspek keselamatan, kesihatan, dan kebajikan di dalam makmal melalui pelaksanaan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan dan pengetahuan tentang aspek undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengetahuan berkaitan aspek undang-undang keselamatan, kesihatan dan kebajikan di kalangan majikan dan pekerja di tempat kerja penting pada masa kini. Majikan dan pekerja seharusnya mengetahui undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pengurusan bahan kimia di makmal seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Buku ini sesuai sebagai panduan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan juga memenuhi keperluan pekerja dan majikan terutama mereka yang terlibat dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan di makmal.
Collections
- Books [132]