Kompilasi Ucaptama Tahunan Rektor
Abstract
Buku Kompilasi Ucaptama Tahunan Rektor Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) terdiri daripada empat siri ucaptama tahunan rektor. Ucaptama 2014 mengemukakan tema “Bersama Membangunkan Sebuah Universiti” “Terus Mengemudi Tenaga dan Upaya” (2004 dan 2005) dan “Menghayati Kecemerlangan, Membudayakan Kualiti” (2006). Buku ini sewajarnya menjadi bahan bacaan wajib seluruh warga KUKUM khususnya generasi yang baru menjadi warganya. Buku ini bermanfaat juga untuk para pengkaji yang berminat menelusuri sejarah awal salah sebuah daripada kolej-kolej universiti teknikal yang ditubuhkan di negara ini. Di samping itu, kompilasi ucaptama ini sesuai menjadi bahan bacaan umum tentang gerak kerja yand digarap oleh sekumpulan pendidik dan pentadbir untuk merealisasikan aspirasi rakyat dalam konteks perkembangan dunia pendidikan kejuruteraan di negara.
Collections
- Books [132]