Terasa Tapi Tak Berbisa
Abstract
Selaras dengan kepakaran penulis dalam bidang psikologi dan kaunseling, buku ini diberi tajuk ‘Terasa Tapi Tak Berbisa’ kerana hampir kebanyakan tulisan adalah berkaitan dengan diri kita yang perlu sentiasa kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Namun, secara realitinya kita akan ‘mudah terasa’ dengan segala sindiran, penghinaan, kesedihan, kekecewaan dan penganiayaan. Hakikatnya, jika kita cekal dan kuat semua perkara tersebut tidak akan menjadi bisa kepada kita.
Penulis mendapat ilham untuk menulis buku ini hasil daripada pemerhatian, renung nilai, pembacaan, perkongsian daripada rakan-rakan, pengalaman bersama masyarakat dan yang paling utama ialah pengalaman peribadi yang diolah semula sebagai iktibar kepada pembaca. Kesemua penulisan mengupas segala isu kehidupan dalam masyarakat serta memberi penekanan kepada kesiapsiagaan minda dan emosi dalam meneruskan perjalanan hidup.
Collections
- Books [132]