‘Adapun’ dalam Taj Al Salatin
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan penanda wacana adapun yang
terdapat di dalam manuskrip Melayu lama Taj Al Salatin hasil karya Bukhari Al Jauhari.
Teks ini telah dihasilkan pada abad ke-16 semasa pemerintahan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat
Shah Sayyid al-Mukammil (1590-1604) dengan tujuan untuk membantu baginda
memerintah kerajaan Acheh dengan baik berteraskan ajaran agama Islam. Perbincangan
tertumpu kepada penghuraian tentang penggunaan kata wacana adapun yang bertindak
sebagai penanda wacana yang hadir di pangkal ayat dan kelas kata yang hadir selepasnya.
Selain itu, makalah ini juga berhasrat untuk menjelaskan fungsi kata wacana adapun yang
hadir di tengah ayat. Analisis makalah ini direalisasikan dengan menggunakan 74 data
yang dijana daripada Malay Concordance Project (MCP). Kerangka yang mendasari kajian
ini ialah Teori Fungsional-Sistemik sebagaimana yang dicadangkan oleh Halliday dan
Hasan (1995 Kajian ini dilihat berpotensi dalam membuka satu lembaran baru kepada
penyelidikan dalam struktur nahuan dengan menggunakan data manuskrip Melayu lama
Collections
- Conference Papers [2600]