dc.contributor.author | Shakti Nagesvari, Paramasivan | |
dc.contributor | Highland International Boarding School | en_US |
dc.date.accessioned | 2020-09-04T00:40:45Z | |
dc.date.available | 2020-09-04T00:40:45Z | |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.citation | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa, Budaya dan Nusantara (SUTERA 2019), pages 1-14. | en_US |
dc.identifier.isbn | 978-967-0922-79-9 (online) | |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/66955 | |
dc.description | Link to publisher homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/index.php/my/ | en_US |
dc.description.abstract | Kertas kerja ini memberi fokus kepada peranan pendidikan dalam pembentukan identiti
dan jati diri watak wanita dalam novel The Stillborn oleh Zaynab Alkali dan Mencari
Azizah oleh Khadijah Hassim. Kritikan terhadap hegemoni Barat yang dibawa oleh
Chandra Talpade Mohanty dalam Feminisme Pasca Kolonial digunakan sebagai kaedah
analisis untuk kedua buah novel ini. Pengarang wanita dari Nigeria dan Malaysia ini
mempunyai kesedaran tentang kedudukan kaum wanita dalam sistem sosial setempat
yang masih menyekat dan mengongkong hak dan kebebasan wanita dalam pelbagai aspek
seperti pendidikan, perkahwinan, pemilikan harta, hak atas diri sendiri dan kebebasan
bersuara. Maka, kertas kerja ini bertujuan untuk menghubungkan dimensi antara
perdebatan global yang berterusan tentang sistem patriarkal yang masih dipraktikkan
dalam pelbagai aspek kehidupan manusia dengan memberi fokus kepada hasil karya
pengarang Malaysia dan Nigeria. Dalam kedua buah novel ini, Alkali dan Khadijah
membawa wawasan bahawa pendidikan adalah senjata terbaik untuk membebaskan
fizikal dan mental wanita dari terus didiskriminasi dan dipinggirkan dalam sistem
patriarkal setempat. Alkali dan Khadijah telah mengiktiraf kekuatan, ketekunan, cabaran,
keberanian dan keunikan watak wanita dalam menyampaikan realiti kehidupan wanita
dalam sistem patriarki setempat. | en_US |
dc.language.iso | ms | en_US |
dc.publisher | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) | en_US |
dc.subject | Feminis | en_US |
dc.subject | Patriarkal | en_US |
dc.subject | Diskriminasi | en_US |
dc.subject | Kebebasan | en_US |
dc.subject | Pendidikan | en_US |
dc.title | Memperkasakan kaum wanita melalui pendidikan dan kerelevanannya kepada kemanusiaan: satu bacaan feminisme pasca kolonial dalam the Stillborn dan Mencari Azizah | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dc.contributor.url | shakti.1011@gmail.com | en_US |