Novel Cinta sebagai karya sastera bergender dan implikasi terhadap aktiviti kritikan
View/ Open
Date
2019Author
Rohizah, Halim
Sharifah Fazliyaton, Shaik Ismail
Metadata
Show full item recordAbstract
Novel cinta sememangnya dikaitkan dengan wanita. Bagi penggemarnya dan pengkritik sastera popular, sifat kewanitaan genre inilah yang mengundang kritikan umum dan juga daripada pengkaji sastera. Persoalannya, adakah kritikan ini boleh diterima? Kertas kerja ini akan membincangkan secara ringkas sejarah dan tempat genre ini dalam kesarjanaan dan penyelidikan kesusasteraan secara umum selain daripada pendedahan kepada perkembangan dan perubahan terkini genre ini. Setelah itu, perbincangan akan diberikan kepada aktiviti kritikan umum dan kritikan akademik terhadap novel cinta. Akhir sekali, kertas kerja ini mengemukakan dua pendekatan kritikan yang boleh digunakan untuk menghuraikan novel cinta. Kertas kerja ini diharap akan dapat menarik minat pengkaji dan pemerhati sastera tempatan untuk menilai semula pandangan yang dihubungkaitkan dengan novel yang merupakan antara genre utama industri penerbitan
Collections
- Conference Papers [2600]