dc.contributor.author | Halis Azhan, Mohd. Hanafiah | |
dc.date.accessioned | 2020-12-22T06:31:24Z | |
dc.date.available | 2020-12-22T06:31:24Z | |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.citation | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 803-816 | en_US |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69079 | |
dc.description | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ | en_US |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dinamika masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah (2016) karya SN Zurinah Hassan pada zaman sebelum dan selepas merdeka. Dari sudut pandang protagonisnya, iaitu Aisyah, masyarakat Melayu pada zaman sebelum merdeka digambarkan sangat mematuhi adat dan kepercayaan tradisional, dan menjauhi pantang larang. Akan tetapi, susulan peranan kerajaan dalam menjalankan pembangunan-pembangunan sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam segenap bentuk kehidupan. Sehubungan itu, kajian ini akan memanfaatkan teori sosiologi sastera yang digagaskan oleh Hippolyte Taine yang menjelaskan bahawa masyarakat dalam novel dapat dijelaskan melalui faktor bangsa, persekitaran dan zaman. Kajian ini menggariskan tiga objektif untuk dicapai. Pertama, mengklasifikasikan perubahan-perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah. Kedua, menganalisis perubahan-perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah. Dan ketiga, menghubungkaitkan dinamika masyarakat Melayu dengan kemajuan-kemajuan sosial, ekonomi dan politik yang terdapat dalam novel Hatimu Aisyah. Kajian ini mendapati bahawa perubahan-perubahan ini bertolak daripada sikap masyarakat Melayu yang mula mengutamakan pencapaian akademik, peluang pekerjaan yang lebih baik, dan sikap baharu terhadap nilai-nilai tradisional. Perubahan-perubahan ini berlaku kerana masyarakat Melayu yang berpendidikan mempunyai maklumat tentang perubahan-perubahan yang berlaku di seluruh dunia dan tidak ingin ketinggalan | en_US |
dc.language.iso | ms | en_US |
dc.publisher | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) | en_US |
dc.relation.ispartofseries | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); | |
dc.subject | Dinamika | en_US |
dc.subject | Masyarakat Melayu | en_US |
dc.subject | Novel | en_US |
dc.subject | Sosial | en_US |
dc.subject | Ekonomi | en_US |
dc.subject | Politik | en_US |
dc.title | Dinamika perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah karya Sn Zurinah Hassan | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dc.contributor.url | halis_azhan@upm.edu.my | en_US |