Novel ‘Kasyaf Ain’ dan Warisan Budaya Melayu
View/ Open
Date
2019Author
Norazilah, Buhari
Nor Azlili, Hassan
Nik Norazira, Abd Aziz
Metadata
Show full item recordAbstract
Novel merupakan karya sastera yang dapat menjelaskan secara terperinci tentang persoalan sesebuah masyarakat. Salah satu persoalan penting yang dipaparkan dalam novel adalah mengenai nilai warisan budaya sesebuah masyarakat termasuklah budaya Melayu yang dapat mendidik masyarakat untuk lebih mengenali dengan lebih dekat lagi tentang nilai warisan budaya Melayu. Masyarakat juga akan diberi kesedaran betapa pentingnya mencintai dan menghargai warisan budaya Melayu. Hal ini penting kerana warisan budaya Melayu yang digambarkan melalui novel akan menjadi lebih menarik untuk tatapan pembaca. Seterusnya pembaca secara tidak langsung diberi pendedahan terhadap warisan budaya Melayu. Novel Melayu ‘Kasyaf Ain’, hasil tulisan novelis Malaysia iaitu Ramlee Awang Mursyid, ada memaparkan nilai warisan budaya masyarakat Melayu dan dipilih sebagai bahan kajian kerana ada memaparkan tentang warisan budaya Melayu seperti gaya bahasa dan tradisi masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis warisan budaya Melayu dalam novel ‘Kasyaf Ain’. Kaedah kajian adalah berbentuk analisis kandungan yang melihat novel ‘Kasyaf Ain’ dan bahan-bahan kajian lepas yang berkaitan dengan novel kajian dan tentang warisan budaya Melayu. Warisan budaya Melayu ini dianalisis melalui setiap bab dalam novel tersebut bagi memperlihatkan secara jelas tentang warisan budaya Melayu. Analisis menunjukkan bahawa novel ‘Kasyaf Ain’ banyak mengandungi unsur warisan budaya Melayu yang dapat dijadikan sebagai ilmu pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat umumnya, dan generasi muda khususnya. Unsur warisan budaya ini dapat dilihat daripada segi bahasa, dialek, tata adab, institusi kekeluargaan dan tingkah laku sosial yang menonjolkan warisan budaya Melayu dan boleh dianggap sebagai medium intelektual dan praktikal masyarakat Melayu.
Collections
- Conference Papers [2600]