dc.contributor.author | Mohd Isha, Awang | |
dc.contributor.author | Abdull Sukor, Shaari | |
dc.contributor.author | Yaakob, Daud | |
dc.contributor.author | Zolkefli, Bahador | |
dc.date.accessioned | 2020-12-23T02:43:58Z | |
dc.date.available | 2020-12-23T02:43:58Z | |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.citation | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 473-484 | en_US |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69091 | |
dc.description | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ | en_US |
dc.description.abstract | Mahasiswa Institusi Pendidikan Awam dalam negara telah melalui sistem pendidikan formal bermula sejak sekolah rendah sehingga pada peringkat sekolah menengah. Dalam mengikuti pendidikan tersebut, mereka perlu mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dengan kepujian untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam negara. Setelah belajar Bahasa Melayu dalam tempoh yang lama, adalah diharapkan pelajar berkenaan akan setia, selesa dan menggunakan bahasa kebangsaan ini dalam menelusuri kehidupan mereka di IPT. Kajian ini dilakukan bagi meninjau tahap kesetiaan dalam kalangan mahasiswa setelah mereka melalui sistem pendidikan yang mewajibkan lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel yang terdiri daripada mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrument soal selidik diadaptasi daripada Gardner Attitude/Motivasi Ujian Bateri (AMTB). Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kajian menunjukkan bahawa tahap kesetiaan berbahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa masih menunjukkan tahap yang membanggakan. Dapatan ini memberikan implikasi yang positif berhubung tahap kesetiaan terhadap Bahasa Melayu dalam negara biarpun terdapat perbezaan tahap yang ketara dalam kelompok etnik yang berbeza. Faktor motivasi, sikap, kemahiran dan kebimbangan mempengaruhi tahap kesetiaan berbahasa dalam kalangan mahasiswa. Tahap kesetiaan ini wajar terus dipupuk dengan meningkatkan tahap motivasi, kemahiran dan sikap mahasiswa serta mengurangkan tahap kebimbangan mereka untuk menggunakan Bahasa Melayu ini. Ini dapat memastikan kelangsungan identiti Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara dan bahasa perpaduan dalam masyarakat pelbagai keturunan dan budaya dapat dipertahankan. | en_US |
dc.language.iso | ms | en_US |
dc.publisher | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) | en_US |
dc.relation.ispartofseries | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); | |
dc.subject | Bahasa kebangsaan | en_US |
dc.subject | Kesetiaan | en_US |
dc.subject | Motivasi | en_US |
dc.subject | Bahasa Melayu | en_US |
dc.subject | Mahasiswa | en_US |
dc.title | Impak pendidikan Bahasa Melayu terhadap tahap kesetiaan berbahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dc.contributor.url | isha@uum.edu.my | en_US |