Show simple item record

dc.contributor.authorAlezender, Steven
dc.contributor.authorShaiful Bahri, Md Radzi
dc.date.accessioned2020-12-23T02:56:47Z
dc.date.available2020-12-23T02:56:47Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 331-348en_US
dc.identifier.isbn978-967-0922-79-9 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69098
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractKolonialisme di Alam Melayu memberi tamparan yang hebat buat peradaban peribumi. Perubahan landskap ekonomi, politik dan sosial di Alam Melayu akibat kolonialisme tidak hanya dirasa dalam jangka masa yang singkat bahkan hayat dampaknya berkekalan dalam jangka masa yang panjang. Makalah ini membincangkan kehadiran migran Cina yang dibawa oleh kuasa-kuasa Eropah semasa kolonialisme berlangsung di Alam Melayu sehingga menjejaskan beberapa wilayah Alam Melayu khususnya di Kalimantan Barat. Kekayaan hasil komoditi di beberapa wilayah Kalimantan Barat seperti di Sambas dan Mempawah memungkinkan kehadiran migran Cina di wilayah tersebut sekitar abad ke-18 dan 19 ekoran daripada penguasa kedua wilayah yang kaya ini bertindak memanfaatkan kehadiran migran Cina di Alam Melayu untuk mengusahakannya. Dengan menggunakan pendekatan sejarah dalam meneliti naskhah historiografi Syair Perang Cina di Monterado yang khusus merawikan peristiwa ini, hasil dapatan kajian mendapati bahawa kehadiran migran Cina telah membawa kepada kesengsaraan peradaban peribumi di Kalimantan Barat yakni Dayak, Melayu dan Bugis. Tindakkan melampau migran Cina yang semakin berkuasa menyebabkan nasib sosioekonomi peribumi di Kalimantan Barat berada pada tahap yang amat menyedihkan. Dalam pada itu, penindasan yang dilakukan oleh migran Cina telah meniupkan semangat kebangkitan dalam kalangan penduduk peribumi dan seterusnya melancarkan peperangan dengan sokongan Belanda sebagai timbal balas terhadap sikap keterlaluan migran Cina.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectKolonialismeen_US
dc.subjectKalimantan Baraten_US
dc.subjectMigran Cinaen_US
dc.subjectPeribumien_US
dc.subjectPeperanganen_US
dc.titleKonflik Migran Cina dengan peradaban Peribumi Kalimantan Barat: analisis Syair Perang Cina di Monteradoen_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlP97155@siswa.ukm.edu.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record