• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Isu dan cabaran pengajaran Bahasa Melayu di luar negara: pengalaman di Universiti China

    No Thumbnail [100%x80]
    View/Open
    Main article (1.098Mb)
    Date
    2019
    Author
    Zaiton, Zakarya
    Hawa Mahfuzah, Rusidin
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang lama sebagai bahasa yang ditawarkan di institusi-institusi luar negara seperti di Belanda, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, dan di China. Jika dilihat pada hari ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing semakin berkembang di China. Saban tahun kursus bahasa Melayu semakin menjadi pilihan mahasiswa di China. Negara China mempunyai populasi penduduk yang tinggi dan rata-rata penduduknya bertutur dalam bahasa Mandarin. Namun begitu terdapat bahasa lain juga ditawarkan dan dipelajari di sini dan salah satunya ialah bahasa Melayu. Keperluan modal insan yang mahir berbahasa asing menyebabkan banyak universiti di China menawarkan bahasa-bahasa asing ini. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 10 buah universiti dan kolej di China yang menawarkan kursus bahasa Melayu sama ada pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, dan ijazah sarjana. Perkembangan pengajian bahasa Melayu ini amat memberangsangkan. Pelbagai kursus telah ditawarkan oleh universiti untuk melahirkan mahasiswa China yang mampu menguasai kemahiran bertutur, mendengar, menulis, membaca, dan menterjemah dalam bahasa Melayu. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada mahasiswa di China. Penulisan ini juga turut membincangkan isu dan cabaran yang perlu ditempuh oleh dua tenaga pengajar bahasa Melayu iaitu dari Universiti Pengajian Asing Guangdong dan Universiti Minzu Yunnan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69101
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    NoThumbnail