Show simple item record

dc.contributor.authorCelinea, Lasan
dc.contributor.authorShamsul Aizuwani, Nawi
dc.date.accessioned2020-12-23T03:01:30Z
dc.date.available2020-12-23T03:01:30Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 219-430en_US
dc.identifier.isbn978-967-0922-79-9 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69104
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractPenulisan ini membincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam mendepani era revolusi Industri 4.0. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dilaksanakan secara kajian kes di salah buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Klang, Selangor. Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah telah dilaksanakan bagi mendapatkan data utama. Seterusnya, triangulasi data dijalankan melalui temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Kajian ini mengetengahkan tiga objektif utama iaitu untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran menulis bahasa Melayu murid SJKC. Selain itu, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam kalangan murid di SJKC juga dikenal pasti. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti pengunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu di SJKC. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan yang terdiri daripada tiga orang murid Tahun Tiga dari kelas berlainan dan tiga orang guru bahasa Melayu yang mengajar Tahun Tiga di sekolah kajian. Hasil pemerhatian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, temu bual dengan peserta kajian dan analisis dokumen ditranskripsikan dan dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti Mac versi 1.6.0 (484). Data dianalisis secara deskriftif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan murid menggunakan strategi penyoalan, penjelasan, perumusan dan peramalan dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid di SJKC adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan murid Tahun Tiga SJKC juga kurang berminat dalam penulisan karangan bukan naratif dan kurang menggunakan bahan sastera dalam pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu. Hasil kajian ini dapat digunakan dalam penambahbaikan pembinaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi kemahiran menulis bahasa Melayu. Kajian ini juga memberi manfaat kepada guru-guru bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectKemahiran menulis Bahasa Melayuen_US
dc.subjectPenguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Keduaen_US
dc.subjectPenggunaan Bahan Sasteraen_US
dc.titlePengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cinaen_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlcelinea@ipgkbm.edu.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record