Bahasa dan pemikiran Melayu abad ke-19 berdasarkan buku ‘Vocabulary of the English and Malay Languages with Notes’ oleh Frank. S Swettenham
Abstract
Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam dialog yang dipertuturkan oleh orang Melayu. Pemikiran yang dizahirkan melalui dialog menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistemologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran Melayu menggunakan Hipotesis Sapir-Whorf. Data dikumpul daripada buku Vocabulary of The English and Malay Languages with Notes. hasil kajian mendapati dialog yang terdapat dalam buku ini memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan(metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistemologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam(logik) dan pemikiran tentang keindahan(estetika).Kajian ini juga membuktikan terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam dialog Melayu abad ke-19 sebagaimana yang dinyatakan dalam Hipotesis Sapir-Whorf.
Collections
- Conference Papers [2600]