Orang Melayu di tempat kerja: adab dan kesantunan dalam komunikasi dan hubungan sosial
View/ Open
Date
2019Author
Azlina, Abdullah
Zatul Alia, Zakaria
Norazimah, Zakaria
Alizah, Lambri
Metadata
Show full item recordAbstract
Kerta kerja ini membincangkan tentang manifestasi akal budi Melayu di tempat kerja dengan menumpu kepada aspek adab dan kesantunan orang Melayu dalam berkomunikasi dan berhubungan di tempat kerja. Penelitian kajian manifestasi akal budi Melayu di tempat kerja menggunakan pendekatan sosiologi mengkaji pandangan dan tingkah laku individu atau kumpulan serta kesannya ke atas hubungan dengan yang lain. Budaya merupakan pemikiran, nilai dan sikap termasuk kepercayaan, tradisi dan tingkah laku manusia yang dipelajari dan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Nilai dan budaya orang Melayu berpunca daripada pandangan dunia agama Islam iaitu ’Islam sebagai satu cara hidup’. Agama, budaya dan ikatan sosial tersemat dalam kehidupan orang Melayu. Dari segi sejarah asas pembentukan masyarakat Melayu bermula dari kampung, justeru itu adat dan budayanya terbina di kampung. Orang Melayu hari ini telah menunjukkan perubahan ketara dari aspek ekonomi dan sosial. Dari masyarakat tani-desa kepada masyarakat moden-bandar terlibat aktif dalam sektor ekonomi moden termasuk perkhidmatan dan perniagaan. Kajian survey telah dijalankan dalam kalangan 123 warga kerja pengurusan dan pentadbiran di beberapa universiti awam di Malaysia. Responden di pilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan pola perilaku dan tahap kekerapan responden dan juga ketua mereka berkaitan perilaku dari aspek adab, sopan santun dan berbahasa di tempat kerja. Selain itu, responden turut menyatakan amalan keagamaan yang dilakukan di tempat kerja serta pandangan mereka tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang ketua. Konsep budi tersulam erat dalam kehidupan harian orang Melayu baik dalam bermasyarakat mahupun di tempat kerja. Keperibadian orang Melayu didapati sukakan kedamaian, akomodatif, bertimbang rasa, menjaga ‘air muka’ dengan berselindung di sebalik bahasa kiasan, bersopan santun dalam tindakan dan perilaku, dan berbudi bahasa dalam pertuturan. Dalam konteks pekerjaan, majikan tidak boleh memisahkan pekerja daripada kapasiti tenaga pekerja mereka kerana pekerja adalah manusia yang tinggal bersama masyarakat, mereka dibentuk dan dilihat melalui masyarakat. Pelbagai perkara dibina secara sosial termasuklah persepsi, dan kesemua ini mempengaruhi interaksi dalam kalangan pekerja, majikan, dan ketua.
Collections
- Conference Papers [2600]