dc.contributor.author | Norshah Aizat, Shuaib | |
dc.contributor.author | Juliana, Ahmad | |
dc.date.accessioned | 2020-12-23T05:12:27Z | |
dc.date.available | 2020-12-23T05:12:27Z | |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.citation | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 867-872 | en_US |
dc.identifier.isbn | 978-967-0922-79-9 (online) | |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69126 | |
dc.description | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ | en_US |
dc.description.abstract | Proses kreatif merupakan sesuatu yang unik dan kekal menjadi rahsia seorang penulis. Proses ini selalunya tidak dapat diketahui oleh pembaca, melainkan diterangkan oleh penulis sendiri. Dalam kajian ini, proses kreatif penulis-penulis cerpen daripada generasi berbeza iaitu penulis dekad 50-an (ditulis sebagai generasi terdahulu) dan kini telah dibandingkan menerusi kajian teks berkenaan proses kreatif dan temu bual. Skop perbincangan telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu peluang untuk berkarya, hubungan dengan unsur alam dan perkembangan teknologi. Kajian ini mendapati, peluang berkarya untuk penulis terdahulu lebih terbatas atas faktor media arus perdana untuk menyiarkan karya agak terhad. Dari aspek hubungan unsur alam, penulis terdahulu dilihat lebih banyak mengetengahkan unsur alam dalam karya-karya mereka. Hal ini kerana penulis masa kini tidak begitu terdedah dengan unsur alam dalam kehidupan seharian, jika dibandingkan dengan penulis terdahulu. Perkembangan teknologi pula telah menyaksikan lambakan karya penulis muda atau masa kini dalam pelbagai platform, terutamanya dalam media sosial. Penulis masa kini lebih akrab dengan media-media digital yang lebih bebas dan tidak mempunyai tahap saringan atau penilaian editor yang begitu teliti. Secara keseluruhan, proses kreatif seseorang penulis didapati berubah dengan jelas merentas generasi, selari dengan perkembangan teknologi. Perubahan proses kreatif ini mempengaruhi isu-isu yang disampaikan penulis dalam karya, gaya bahasa dan kualiti penulisan. | en_US |
dc.language.iso | ms | en_US |
dc.publisher | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) | en_US |
dc.relation.ispartofseries | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); | |
dc.subject | Proses kreatif | en_US |
dc.subject | Cerpen | en_US |
dc.subject | Teknologi | en_US |
dc.subject | Sastera | en_US |
dc.subject | Latar masyarakat | en_US |
dc.title | Proses kreatif penulisan cerpen: satu tinjauan merentas generasi | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dc.contributor.url | norshahaizat@unimap.edu.my | en_US |