dc.contributor.author | Jacquelina, Karimon | |
dc.contributor.author | Shaiful Bahri, Mohd.Radzi | |
dc.date.accessioned | 2020-12-23T05:16:38Z | |
dc.date.available | 2020-12-23T05:16:38Z | |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.citation | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 763-778 | en_US |
dc.identifier.isbn | 978-967-0922-79-9 (online) | |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69132 | |
dc.description | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ | en_US |
dc.description.abstract | Mitos rencam sifatnya. Masyarakat Murut Paluan di Sabah khususnya di Nabawan menjadikan mitos sebagai tumpuan kepercayaan mereka. Perbincangan ini akan memberi tumpuan khusus kepada mitos sebagai cerita yang dianggap Kitab Suci yang memandu kehidupan mereka. Semangat realiti manusia dan kuasa ghaib menyatu sangat setia berpaksikan kepada mitos. Kisah mitos dijadikan sebagai dimensi pandangan hidup (world-view) yang mempunyai pengaruh membentuk adat resam, perayaan dan etos yang organik masyarakat peribumi etnik Murut dan dapat dihuraikan dalam cerita rakyatnya. Amalan anutan pagan yang mewarisi kepercayaan warisan (animisme) merupakan anutan kelompok Murut Paluan yang terakam dan terpancar dalam paparan cerita mitos. Kedudukan Aki Kinapunoh, Aki Lungkaki Dobundol, Aki Atalau Lumalak, Aki Masundu, Aki Bambangan Lumambai, Aki Salingaun dan Aki Luluga. Gelaran Aru kepada penjaga sungai, bukit, langit dan tanah serta Babalian sebagai pengenalan kosmologi kepercayaan yang diyakini dan berkuasa. Kisah autentik dipegang sebagai tunjang untuk menonjolkan dan mempertahankan pandangan hidup mereka yang mistik dan bermisteri. Sebagai sebuah masyarakat yang masih mempercayai sentimen terhadap kuasa-kuasa luar biasa, cerita-cerita mitos memberikan suatu landasan untuk patuh kepada peraturan, memaut keharmonian dan mengukuhkan perisai daripada serangan ruapan marah kejahatan. Amalan kepercayaan komuniti etnik Murut yang dianggap penting kerana mencecah kesucian dan kepercayaan yang melindungi dan membentuk nilai moraliti, ritual dan peraturan kehidupan seharian. Proses membuat dokumentasi dan analisis melalui kajian lapangan bertujuan untuk menyokong setiap keupayaan pengaruh mitos melalui penceritaan Aki Tuntunungon (pencerita pakar). Cerita-cerita ini menerangkan peristiwa dan kuasa alam untuk memahami kecenderungan condongnya bayang-bayang kepercayaan masyarakat Murut. Kisah penceritaan mitos ini juga merupakan tiang yang menyokong kehidupan mereka yang dianggap mempunyai kebenaran yang tinggi sehingga ke hari ini. | en_US |
dc.language.iso | ms | en_US |
dc.publisher | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) | en_US |
dc.relation.ispartofseries | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); | |
dc.subject | Mitos | en_US |
dc.subject | Kepercayaan | en_US |
dc.subject | Pandangan hidup | en_US |
dc.subject | Kitab Suci Murut | en_US |
dc.subject | Pengaruh terhadap budaya | en_US |
dc.title | Mitos dalam Piagam Murut Paluan Nabawan | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dc.contributor.url | acqlindejj_89@yahoo.com | en_US |