Show simple item record

dc.contributor.authorHamdzun, Haron
dc.date.accessioned2020-12-23T05:23:43Z
dc.date.available2020-12-23T05:23:43Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 535-554en_US
dc.identifier.isbn978-967-0922-79-9 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69137
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractMalaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai hasil seni khasnya kraftangan yang tinggi nilainya. Hasil seni kerja tangan manusia yang terawal dicipta di negara ini adalah sejak zaman prasejarah lagi. Penemuan artifak-artifak seperti serpihan-serpihan tembikar, senjata, perkakas hiasan dan alat masakan merupakan bukti yang boleh menggambarkan manusia pada zaman itu telah mula membuat kerja-kerja membentuk pasu dari tanah liat, menukang, mengukir dan membuat perahu dengan menggunakan teknologi. Salah satu daripada kraftangan warisan Melayu yang dihasilkan menggunakan teknologi adalah tembikar. Ada 3 jenis tembikar iaitu labu tanah terenang, dan mambong. Tembikar yang pertama menunjukkan bentuk yang menekankan sifat semula jadi bahan iaitu tanah liat dan teknik menggunakan tangan bagi membentuk tembikar khas untuk masakan dan banyak dihasilkan di Mambong, Kelantan. Tembikar kedua diilhamkan oleh labu asli dan terus berkembang dengan pelbagai bentuk labu tanah yang dihasilkan di Sayong dan Pulau Tiga, Perak. Tembikar ketiga pula menyerupai bentuk bersifat logam seperti Terenang dari Tembeling, Pahang. Bagi memastikan kelangsungan warisan seni ini diteruskan pelbagai teknologi digunakan dalam penghasilannya. Persoalannya apakah teknologi yang digunakan oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut? Untuk menjawab persoalan ini, penulis menggunakan metod penelitian deskriptif kualitatif iaitu dengan pengumpulan data-data tertulis mahupun visual seperti wawancara dan observasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknologi merupakan tunjang kepada kelangsungan pada tembikar-tembikar tersebut. Ini dapat dilihat dalam 4 aspek pembuatan utama iaitu pertama, penyediaan tanah menggunakan kudrat manusia dan mesin pengisar tanah. Aspek kedua iaitu pembentukan jasad tembikar yang menggunakan jari jemari dan pengacuanan, manakala aspek ketiga pula penghasilan ragam hias dengan menggunakan pelbagai peralatan. Akhir sekali teknologi pembakaran dengan cara dedah dan tanur. Di harap kertas kerja ini akan memberi penjelasan kepada kita bahawa proses penghasilan tembikar warisan Melayu Malaysia telah melalui satu teknologi yang tinggi nilainya. Tujuannya hanyalah satu iaitu tidak kira bagaimana kemajuan teknologinya, asalkan identiti warisan bangsa Melayu terus dilestari.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectTeknologien_US
dc.subjectTembikaren_US
dc.subjectLabu tanahen_US
dc.subjectMambongen_US
dc.subjectTerenangen_US
dc.titleTeknologi dan pembuatan tembikar warisan Melayu tradisionalen_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlhh@ukm.edu,myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record