• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Ketidaksantunan bahasa dalam komen isu peletakan jawatan YDPA

    No Thumbnail [100%x80]
    View/Open
    Main article (603.7Kb)
    Date
    2019
    Author
    Nurrissammimayantie, Ismail
    Amirah, Ahmad
    Norizah, Ardi
    Noriza, Daud
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kepesatan teknologi masa kini memberi pelbagai impak positif dan negatif dalam sistem berkomunikasi. Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0, salah satu cabarannya ialah jaringan komunikasi tanpa had seperti dalam media sosial. Kesantunan berbahasa merupakan lambang pemikiran dan sikap penuturnya. Semenjak zaman prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi kesantunan berbahasa sentiasa ditekankan dalam pendidikan. Melalui pendidikan rohani dan moral, kesantunan berbahasa diajar kepada masyarakat sejajar dengan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. Umumnya masyarakat sedar bahawa individu yang menggunakan bahasa yang santun melambangkan pemikiran yang positif dan sikap santun. Walau bagaimanapun, fenomena penggunaan bahasa yang tidak santun dalam menyampaikan komen di media sosial seolah-olah menjadi kebiasaan bagi golongan warga maya. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti bentuk-bentuk ketidaksantunan berbahasa dalam komen berkaitan isu tersebut berdasarkan kerangka bentuk ketidaksanaan oleh Culpeper (2011) iaitu hinaan, kritikan pedas atau aduan, soalan yang mencabar atau praandaian, meninggi diri, mesej paksaan, penyingkiran, mendiamkan, ugutan, sumpahan dan gangguan campur tangan. Data kajian ini ialah komen warga maya terhadap isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada awal tahun ini. Isu tersebut apabila dikongsi dalam laman Facebook Siakap Keli yang ternyata mempunyai pengikut ratusan ribu dan mendapat komen yang banyak. Kajian ini bersifat deskriptif dengan menerapkan kaedah analisis kandungan menerusi penelitian terhadap perkataan atau rangkai kata yang digunakan oleh warga maya semasa memberi komen. Dapatan kajian menunjukkan komen-komen warga maya lebih banyak menggunakan bahasa berbentuk hinaan yang terbahagi kepada empat iaitu vokatif negatif persendirian, penegasan negatif persendirian, rujukan negatif persendirian dan rujukan negatif orang ketiga dalam sasaran perbincangan. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan pemikiran dan sikap warga maya yang kian luntur nilai kesantunan ketika berbahasa.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69093
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    NoThumbnail