Show simple item record

dc.contributor.authorNurrissammimayantie, Ismail
dc.contributor.authorAmirah, Ahmad
dc.contributor.authorNorizah, Ardi
dc.contributor.authorNoriza, Daud
dc.date.accessioned2020-12-23T02:54:30Z
dc.date.available2020-12-23T02:54:30Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 91-106en_US
dc.identifier.isbn978-967-0922-79-9 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69093
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractKepesatan teknologi masa kini memberi pelbagai impak positif dan negatif dalam sistem berkomunikasi. Dalam mendepani Revolusi Industri 4.0, salah satu cabarannya ialah jaringan komunikasi tanpa had seperti dalam media sosial. Kesantunan berbahasa merupakan lambang pemikiran dan sikap penuturnya. Semenjak zaman prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi kesantunan berbahasa sentiasa ditekankan dalam pendidikan. Melalui pendidikan rohani dan moral, kesantunan berbahasa diajar kepada masyarakat sejajar dengan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. Umumnya masyarakat sedar bahawa individu yang menggunakan bahasa yang santun melambangkan pemikiran yang positif dan sikap santun. Walau bagaimanapun, fenomena penggunaan bahasa yang tidak santun dalam menyampaikan komen di media sosial seolah-olah menjadi kebiasaan bagi golongan warga maya. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti bentuk-bentuk ketidaksantunan berbahasa dalam komen berkaitan isu tersebut berdasarkan kerangka bentuk ketidaksanaan oleh Culpeper (2011) iaitu hinaan, kritikan pedas atau aduan, soalan yang mencabar atau praandaian, meninggi diri, mesej paksaan, penyingkiran, mendiamkan, ugutan, sumpahan dan gangguan campur tangan. Data kajian ini ialah komen warga maya terhadap isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada awal tahun ini. Isu tersebut apabila dikongsi dalam laman Facebook Siakap Keli yang ternyata mempunyai pengikut ratusan ribu dan mendapat komen yang banyak. Kajian ini bersifat deskriptif dengan menerapkan kaedah analisis kandungan menerusi penelitian terhadap perkataan atau rangkai kata yang digunakan oleh warga maya semasa memberi komen. Dapatan kajian menunjukkan komen-komen warga maya lebih banyak menggunakan bahasa berbentuk hinaan yang terbahagi kepada empat iaitu vokatif negatif persendirian, penegasan negatif persendirian, rujukan negatif persendirian dan rujukan negatif orang ketiga dalam sasaran perbincangan. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan pemikiran dan sikap warga maya yang kian luntur nilai kesantunan ketika berbahasa.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectKetidaksantunan berbahasaen_US
dc.subjectBentuk-bentuk ketidaksantunanen_US
dc.subjectMedia sosialen_US
dc.subjectFacebooken_US
dc.subjectIsu YDPAen_US
dc.subjectRukun Negaraen_US
dc.titleKetidaksantunan bahasa dalam komen isu peletakan jawatan YDPAen_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlnurrissa@uitm.edu.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record